Darah wiladah Darah yang keluar dari rahim wanita

Darah Wiladah bermaksud darah yang keluar semasa kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya) ; wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia WAJIB MANDI jika ditakdirkan TIADA darah NIFAS yang keluar. Ini kerana diqias kepada air mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.

Namun jika ada darah NIFAS yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya TERTAKLUK dengan HUKUM wanita yang kedatangan NIFAS dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.[4]